BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 24, 2010

Bila Saat Berdetik

Sekarang, aku merasakan berat bagi aku untuk mengizinkan saat untuk berdetik. Sangat2 berat... Kerana pada masa ini, kekasih yang aku cintai akan berangkat pergi merantau menuntut ilmu. Meskipun aku cuba menahan, tapi takdir tetap kuat. Saat tetap berdetik, memberikan erti bahawa dia akan tetap merantau. Ini adalah takdir kami. Aku redha pemergiannya, sama seperti aku redha saat berdetik.

Sayangku,
Andai kau membaca risalah ini, ketahuilah bahawa aku berat untuk mengizinkan kau berangkat. Tapi aku tiada hak untuk menghalang kau. Kini kita masing2 berada dalam dunia yang berbeza, tapi ketahuilah... 3 tahun lagi kita akan semakin menghampiri 1 dunia baru. Saat ini, walaupun aku berdetik keras bahawa kau akan meninggalkan aku demi cita2mu, aku masih mengizinkan. Aku pasrah dengan apa yang kau buat demi cita-citamu dan juga cintamu... Aku menanti pendakianmu dari atas puncak kejayaan. Aku akan berusaha untuk menjadi orang yang kau sanjungi wlau di mana kita berada..

Sayangku,
Ingatkah dikau akan Gunung Lambak ? Walaupun hanya seketika, tapi kenangan yang kuat mengimbau di sana. Saat kita tersesat akibat kejahilan diri ini, dapat kita memanjangkan masa bersama. Berpandukan Gunung Lambak, cinta ini semakin kuat untuk menjadi lelaki yang boleh melindungi dirimu, agar kejadian lain tidak berlaku lagi..

Sayangku,
Pergilah dikau mengembara menuntut ilmu. Cita-citamu untuk bekerjaya agar anak-anak kita memandang tinggi padamu... Diri ini xkan menghalang... Andai mana yang dirimu merasakan penting dan berguna, teruskan... Aku tetap merelakan dan merestui.. Ingatlah sayangku... Jagalah dirimu, aku akan tetap menunggu pendakianmu brjaya di puncak dalam keadaan selamat..

Tadi, aku mendapat mesej bahawa dirimu telah bertolak... Hati2 sayang..., aku akan tetap menyokongmu... aku cintakan dirimu...

1 comments:

Chin Sun said...

ngkaw jiwaaaangg!!! hahahahaaa..
gelak guling2...

~aku xbace pon sbnornyer...~