BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 20, 2010

Planning For the Future (Part 1)

Entry kali ni akan benar2 membawa kalian kepada apa yang aku target dalam kehidupan ini. Seharusnya kita mempunyai pelbagai perancangan dalam mempraktikkan ape yang kita impikan. Dengan ini, aku mmg nak berkongsi dengan kalian ye.. Target aku ni, memang untuk hal-hal peribadi dan profesion aku. Kalau dapat capai target awal, kira Alhamdulillah, tapi kalau x dapat capai target awal, aku akan recall balik tentang segalanya...

Umur 20 tahun
Hhmmm... Disebabkan aku dah memegang jawatan selaku Ketua Exco Kerohanian Adhoc Mahasiswa Anak Johor (AMANAH), aku nak menjalankan 1 karnival. Karnival Al-Quran Dan Al-Hadis. Karnival ini bertujuan mengetengahkan kepentingan Al-Quran dan Hadis dalam kehidupan Kita. Tentang perjalanan Program tu, saya xnk ulas kat sini.
Untuk pengetahuan korang , aku ade cuti dari bulan 5-9 tahun 2011 ni. So aku rasa macam nak buat pengisian yang betul2 penuh makna. Aku lebih berminat untuk membuat satu pengisian yang memberi pulangan. Semestinya lebih kepada pengalaman bekerja . Aku memang nak bekerja di sebuah Food Court di Tesco, Queens Bay. Walaupun gaji x banyak mana, tapi tu yang lebih baik kan.. Tapi walau macam mana pun, aku terasa macam nak lebih pada management. And what I can say it about.. I want to develop some big project and big income plus advantage.
Aku nak gain banyak ilmu yang memberi side income. Hehehe.. Aku nak buat lebih banyak kod programing and nak buat program sendiri. Even masih asas, tapi aku nak develop something .. thats my step.. Easy to say, Semppena genapnya tahun usia aku selama 2 dekad ni , aku nak ade permulaan asas yang kukuh dalam bidang programing walaupun aku sendiri x mengambil advance Programing sebagai subjek akademik aku..

Umur 21 tahun
Pada usia begini , aku nak lebih pada develop diri aku sebagai seorang pemimpin.. Aku akan train diri aku untuk menghadapi pelbagai masalah yang lebih berat. Aku akan mengambil cabaran yang berat , iaitu mengambil alih jawatan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar. Aku sendiri tak tahu kenapa, tapi aku hendak melihat dunia ini lebih meluas lagi . Aku nak memimpin lebih meluas. malah aku rasa aku nak menjengah keadaan sesuatu kaum berkenaan. Tentu ramai yang akan mempertikaikan mengenai ketrampilan aku selaku YDP kelak. tapi aku akan tunjukkan pada mereka, bahawa aku akan menjadi orang yang layak memimpin dan sesuai menjadi pemimpin mereka. Walaupun sem 3 , aku merasakan waktu itu akan menjadi lebih sesuai. aku akan ambil subjek yang sedikit, iaitu 18jam kredit sahaja. Selalu aku mengambil 21 jam kreadit.
Ketika usia ini, aku nak memastikan aku berjaya membuat satu program yang berguna untuk masyarakat. Program ni merupakan progam yang lebih ke arah keilmuan la. Aku akan membuatkan lebih banyak penyebaran ilmu. Harap ilmu-ilmu tu dimanfaatkan kepada semua. Ape yang menariknya, aku nak menunjukkan pada masyarakat tentang kepentingan sesuatu ilmu. Mengenai macam mana perancangan tu, aku masih belum fikir lagi.
Dari segi kod programing, aku nak menghasilkan juga sesuatu programming setelah dilatih lagi dengan lebih detail . maknanya, aku mesti berjaya menghasilkan software ringkas walaupun tidak ditayang di mana-mana.

Umur 22 tahun
Pada usia ini, aku nak masuk dalam dunia perniagaan . Aku nak mendalami dalam dunia perniagaan. Pelbagai teknik2 aku akan pelajari agar aku menjadi lebih yakin untuk mendirikan company aku sendiri. Wah, tentu terasa lebih sibuk nanti. tapi matlamat aku nanti ialah, aku lebih berdikari untuk menjadi seorang usahawan muda nanti. aku akan menyiapkan rangka perniagaan aku sendiri . Dengan pelbagai latihan , aku akan pastikan aku mempunyai satu struktur organisasi aku sendiri. aku nak mempunyai sebuah perniagaan yang mantap. oleh itu, aku harus memantapkan lagi sistem pengurusan aku walaupun masih tidak mepunyai pekerja lagi. Hehehe.. Aku bercadang nak membentangkan rangka pengurusan aku tu kepada Golden Minds Sdn Berhad. Harap pihak sana dapat memberikan tunjuk ajar yang mendalam dalam bidang pengurusan .

Kesimpulan Part 1

Usia 20 : Mendalami asas Programing, Experience for myself development
Usia 21 : Melatih diri dalam bidang kepimpinan, dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu sistem programing yang lengkap.
Usia 22 : Mempunyai rangka perniagaan yang mantap dan lengkap, dan menyiapkan diri agar bersedia dalam dunia perniagaan.

1 comments:

fahmie azmi said...

ala . apsal tanak ulas dekat sini . ulaslah . heheh :)