BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 3, 2010

Birthday Ana

Huhuhuhuhuhuh,.... Setelah sekian lama planning dgn Bielasyu, akhirnya masanya telah tiba.. Ktorg slalu "date"
and tggalkan ana berjauhan buat beberapa puluh minit ( sebelum tarikh hari ni ), ye r.. kitorang bincang pe nak buat untuk birthday dy...

Thursday, December 31, 2009

Dapat Kejutan Penghujung Tahun 2009

Salam...
Pasti semua orang ada mendapat kenangan manis pada setiap tahun kan.
Begitu juga aku. Pada Hari Krismas yang lalu, ayah ada beli sebuah laptop baru jenama Dell.
Hhmmmm...
TAkde pula dia cakap nak beli untuk aku coz aku taw keadaan kitorang camne and aku xde mengharapkan. Sebab aku telah mendapat kawan baik kerana aku xde laptop. mcm mana, hanya kami yang tahu. Then ayah bg pinjam bawa balik matrix. So that, bawa je r coz aku mmg tengah urgent coz bnyk benda nak buat menggunakan laptop. Xkn aku nak mengharap pada Acer, sebab Acer turut mempunyai tggungjawab lg. Memang Acer bnyk berjasa pada aku even empunya Acer bnyk downkan Acer, tp aku tahu Acer tu bnyk pengalaman. Malah Acer mampu menghilangkan virus abadi dalam pendrive aku. Syabas buat Acer....

Sebelum aku makin jauh (ada yang paham) , jom back to the story... Aku balik matrix pd 27hb dengan menaiki bas. Dalam perjalanan, aku menyatakan pada ayah (by sms) bahawa aku kna beli beg laptop baru sebab tali beg matrix aku dah mula mengeluarkan bunyi amaran (tanda akan koyak x lama lg ). Then ayah pun reply dgn mesej yang aku x jgka. Dia menyerahkan laptop tu dibawah jagaan aku wat selamanya. Lagi aku hepi, hari tu merupakan ulangtahun pertama buat sim kad Celcom U-Pax aku, 0132736754.. X sgka, Birthday simcard dapat laptop. Agaknya kalau birthday aku, dapat pe yer.... Dengan kehadiran laptop ni, maka kehidupan aku pun mulai berubah... bukan berubah camne pun... Setiap kali berhubung dgn keluarga, semua suruh jaga laptop. Xde lak suruh aku makan ubat selalu ke, minum glukose time sahur ke... Ni pergi suruh jaga laptop... Xpe, aku tau keringat ayah dalam usaha membekalkan keperluan belajar untuk aku.

So, aku akan jaga Dell ni sebaiknya walaupun diberi nama Kamehameha.... Even camtu, Dell and Acer saling memerlukan... Hope empunya Acer masih berbangga dgn Acer yer... Susah nak cari... Aku harap, aku dapat buat sesuatu kepada Acer sebagai tanda terima kasih dan kenangan.... Ye lah... Zaman matrix akan berakhir xlama lg... Pada Acer n "akaknya", I still need you all...

Saturday, August 15, 2009

Hari Mengajar

Hari ni aku mengajar kawan-kawan aku mengenai komputer and blog... huhuhuhu....

Saturday, July 25, 2009

I got my besfrenz...

Am....
mula2 jumpa dy, memang aku x ske dy....
wlupun x kenal, tp sbb dy ni ske kondem aku je...
hal kecik, pun nak kondem....
tp....
dah takdir...
Dia ler budak yang aku nampak kelebihan yang xde kat aku...
Kitorang sgt rapat...
smpai ada yang kata kitorang ni roomate...
camne bleh jd roomate lak...
aku al-zahrawi,
dia al-kindi...
so...
pk2 ler...
bg aku,
am ni sgt2 layak untuk pgg sumthing yang aku ada...
aku yakin kat dia...
dia ni xla genius mcm orang kata...
tp aku taw rahsia dia...
sori...
aku xbleh gtaw coz nama pon rahsia...
Aku yakin ko bleh dapat "benda" yang minat ko...
huhuhuhuhu

Haniff....
Insan ni mmg plg rapat giler dgn aku...
mana x rapat,
empunya bilik ku..
ketua bilik tu...
bilik kitorang tu mmg khas untuk kitorang...
sebab,
cuma kitorang je yang dok..
otak dy mmg bes layan...
maklum ler,
otak dewasa...
kegigihan dy ni membuka mata aku terhadap "usaha"
dy ni mmg usaha giler2...
kalau mlm2 pkl 3.00am aku xbljr, dy bangun untuk bljr....
mmg kagum seyh..
pyh jumpa insan comel cam dy...
aku dok perati,
si IDA mmg rindu kat dia
berbanding aku...
aku x kesah....
tp yg aku harap sgt2,
kalau dh jodoh korang....
ko jd ler suami yang baik k...

Madi
Insan ni aku x kenal mana pun...
aku x usha dy,
xde pun nak tackle dy...
malah,
untuk rapat pun xde...
tu dulu....
sbb...
kewujudannya mmg aku x sedar pd asalnya..
1st time dy tegur aku sbb dy nak tgk poster jpp..
then...
bermula r perkenalan kitorang...
its okay...
dy ni mmg pmalu orang nya...
tp menurut 'kajian' aku,
dy ni sangat2 jarang dijumpai...
perwatakan dy bnyk...
tp yang orang nampak, cuma yang malu jer...
tentang selebihnya,
biar le aku je yang taw...
Dy ni sgt2 potensi dlm bidang X
so...
aku tolong dy scara diam2....
he3....
Am taw ler pe bnda yang aku tolong...
dy ni caring kat aku..
smpaikan member aku pun x mcm 2...
kdg2 dia marah aku kalau aku x gtaw masalh aku..
hmmmm....
mmg2 pelik,kan..
menurut cutey,
madi ni pelik n caring...
aku mmg caya...
korang caya x....
madi ni sama dgn Aquarius-Girl1202
tp still x leh lawan Aquarius-Girl1202
huhuhu....
gud luck ea madi....
you will achieve your number "1" soon..
Believe me like how u believe to me...

Ida...
hhmmmm...
dya ni mmg ramai orang kenal...
sape kenal aku,
sure dyorang akan kenal ida...
kitorang jumpa time mjlis penutup...
dy baca yasin..
eh salah..
baca ikrar...
aku lak zapin ovecer...
mmg pramah,
tp pemalu kucing...
pertemuan yang x dirancang mmbuahkan perhubungan yang rapat...
xde sape pun kat kmj yang taw...
bhw aku 'nampak' masa depan dy...
pelik,kan...
sbb aku nampak, so aku pun
tolong dy capai tahap yang dy selayaknya...
sekarang...
level dy lg tinggi dr aku..
n penghalang dy terhadap "hak" dy...
aku dah musnahkan....
skrg kitorang dah x rapat doh...
bkn aku kecewa,,,
tp aku puas hati sbb sume mcm pe yang aku jangka...
pasni dy mgkn xkan nampak aku lg...
tp ida...
aku nak gtaw...
Ayat hang ttp che' pegang..
"Kalau kita dah maju ke hadapan,
kita kena toleh kebelakang sbb orang belakang yang support kita"
mmg x sama sangat... tp prcaya r...
aku ttp support ko..
mgkn ko terasa dgn kata2 aku psl G****,
tu sbnrnya bkn mrujuk pd ko....
tp bnda dalam ko...
sori...
kalau nak taw....
Aquarius-Girl1202 phm nape aku aku "boleh"



Pada mana2 yang aku xtulis....
sori sgt2 coz aku x de kesempatan untuk menulis....
korang mmg kawan aku..
kat mana2 pun...
aku x nampak pun korang sbgi musuh aku..
sebab korang adalah kawan aku...
xkan aku nak tulis sume nama.... x tdo malam aku...
huhuh...
k...
Gudluck everyone...

I'm Back

Sori...
tu ler yang aku nak sebut dulu...
sebab agak bz skrg ni...
Now, aku dh x kerja lg...
tp aku belajar...
Kat Matrikulasi Johor...
untuk Program Satu Tahun...
kat sini, aku sambung karier aku untuk tahun ke-6...
ape ye...
Skrg aku jd exco Perhubungan Luar, Penerangan, Dan Penerbitan...
dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar...
Asalnya aku xnk libatkan diri dlm bidang ni lagi...
tp....
Disebabkan beberapa peristiwa,
aku percaya yang ini semua....
adalah...
Takdir..
Sure ada hikmah or kepentingan bagi setiap takdir
yang telah ditetapkan oleh Ilahi...
so, kita sebagai hamba-Nya,
kena mencari ler hikmah...
bukan menunggu buah nak gugur jer....
Cuba bayangkan,
time tu tarikan graviti sebanyak 9.81 Newton tu xde,,,,
camne buah tu nak gugur...
betulx?
so....
pikir ye...

Monday, December 15, 2008

Pengalaman First Day bekerja...

Hari merupakan hari pertama aku bekerja kat Kenny Gogers Mid Valley.
Aku bawa semua sijil2 aku, termasuk satu sijil "keramat" aku. Mesti korang sume nak tau pe tu sijil "keramat" aku kan...
Ha.... Tu la sijil aku sebagai Ketua Biro Makanan dan Kesihatan Badan Wakil Pelajar masa aku kat MRSM Muadzam Shah dulu...
Manager die more impressed bila aku citer kat dia pasal jawatan aku dulu. Tup Tap, on the spot aku dah boleh mula kerja.... Hari ni ler.... Bes taw... Ada r aku berkenalan dengan staff2 lama cam Sir Camy, Sir Hanafi, Miss Maria, Kak Aini, Kak Atiqah, Kak Azi, Kak Fida, dan macam2 lagi r...

Jgn kira penat r...

Memang penat taw....

Kemungkinan aku kerja sampai bulan 4. Kalau ada rezeki, aku nak sambung belajar dalam bidang komputer.. Ohya... sebelum aku terlupa, kat Kenny Rogers tu tengah ada promosi. Nak taw apa promosi tu? Datangla beramai-ramai ke Kenny Rogers Mid Valley...

Monday, March 3, 2008

Tarikh Lahir Dan Ertinya...

>>>>>>>Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
>>>>>>>Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
>>>>>>>Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
>>>>>>>Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
>>>>>>>Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
>>>>>>>Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
>>>>>>>Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
>>>>>>>Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
>>>>>>>Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
>>>Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti.
>>>Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan.
>>>Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain.
>>>Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang.
>>>Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda.
>>>Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda.
>>>Anda seorang yang kuat belanja.
>>>Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi.
>>>Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.
>>>Anda mempunyai keluarga yang bahagia.
>>>Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
>>>Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan.
>>>Em...bagus!
>>>Anda suka bermimpi siang.
>>>Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri.
>>>Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda.
>>>Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan.
>>>Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.
>>>Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda.

>>>Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan.
>>>Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.
>>>Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
>>>Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri.
>>>Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda.
>>>Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan.
>>>Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya.
>>>Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda.
Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan.
Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan.
Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin.
Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda.
Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain.
Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.
Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda.
Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi.
Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
Anda sangat popular dalam komuniti.
Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan.
Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru.
Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga.
Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan.
Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan.
Anda suka perubahan dan kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.
Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini.
Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja.
Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan.
Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak.
Semua benda yang baik akan datang pada anda.
Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja.
Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian.
Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran.
Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga.
Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri.
Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini.
Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira.
Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda.
Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup.
Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.
Anda memperjuangkan keadilan.
Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.
Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan.
Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam.
Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti.
Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat.
Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda.
Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda.
Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.